Bandar Seri Putra di bangunkan oleh pihak Bangi Heights Development pada tahun 1997. Merupakan salah satu anak syarikat kepada syarikat pemaju hartanah yang tersohor di Malaysia iaitu UM Land Berhad.

Jumlah keluasan bandar ini sekitar 898 ekar yang merupakan tempat penanaman kelapa sawit sebelum dimajukan secara berperingkat oleh Bangi Heights. Kawasan ini merupakan sebuah bandar terancang yang dibina kerana kedudukannya sangat strategik dimana pintu masuk utama ke bandar ini melalui plaza tol Putra Mahkota (PLUS Highway).

Memandangkan kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi semakin padat, dan jarak perjalanan ke pusat bandaraya Kuala Lumpur mengambil masa sekitar 30minit, Penduduk tempatan terutamanya berbangsa melayu mula berpindah ke kawasan ini. Antara faktor utama yang menyebabkan kawasan ini digemari adalah pada awal pembukaan, nilai hartanahnya sangat rendah sekitar RM60 ribu hingga ke RM150 ribu bagi rumah pangsapuri dan rumah teres. Selain itu, jarak perjalanan ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga sekitar 30minit dimana turut menjadi tumpuan rakyat tempatan yang bekerja di kawasan tersebut.

Setelah Putrajaya diperkenalkan sebagai pusat pentadbiran baru kerajaan Malaysia pada 1 Februari 2001, kawasan ini menjadi tumpuan untuk para penjawat awam memiliki hartanah di kawasan ini kerana faktor harga dan juga jarak perjalanan yang sangat efektif.

Di kawasan sekitarnya juga menerima tempias nilai pembangunan. Di mana selain Bandar Bukit Mahkota, turut di bangunkan juga Bangi Avenue (2012) dan juga Bandar Puteri Bangi (sekitar 2016).

Antara kemudahan-kemudahan yang boleh didapati di kawasan ini adalah seperti berikut:

  • Tiga sekolah rendah awam, iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Sekolah kebangsaan Bandar Bukit Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Bangi
  • Dua sekolah rendah agama, iaitu Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra, dan Sekolah Rendah Agama Al-Amin, Bangi
  • Sebuah sekolah menengah awam, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra
  • Pasar basah, Bangi
  • Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
  • Perpustakaan awam Desa Mahkota
  • Balai polis
  • Stesen KTM Komuter Bangi
  • Masjid Bandar Seri Putra

Bandar ini turut dilengkapi dengan:-

  • Pejabat Pos Bandar Seri Putra (poskod: 43000)
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Stesen minyak Petronas dan PETRON
  • Cawangan Bank Simpanan Nasional, dan kemudahan ATM Maybank di stesen minyak Petronas
  • Beberapa rangkaian restoran terkemuka seperti McDonald, KFC, PizzaHut, dan Domino Pizza
  • HyperRuncit seperti Tesco Bandar Puteri dan Pasaraya CS Bangi Avenue.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *