Bandar Bukit Mahkota adalah sebuah bandar perumahan yang terletak di daerah Kajang, di negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya telah dibangunkan oleh syarikat hartanah Lion Group Berhad.

Bukit Mahkota terletak bersebelahan dengan Bandar Seri Putra yang dimajukan oleh syarikat hartanah UM Land Sdn Bhd. Ia bersempadanan dengan pekan Bangi di utara, bandar Semenyih di timur, Bandar Nilai di selatan serta Sepang di barat.

Bandar ini dihubungkan terus dengan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui plaza tol Putra Mahkota EXIT 213.

Majoriti penduduk yang tinggal di bandar ini adalah Melayu Islam. Oleh kerana bilangan penduduk Islam yang semakin meningkat, sebuah masjid yang dinamakan Masjid At-Taqwa telah dibangunkan berdekatan bulatan jalan Seksyen 5 dan Seksyen 6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *